Mudahnya menjemput seorang pemimpin Ulama’

Sebelum ini, aku sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Tidak juga pernah berimpian untuk bertemu dengan beliau. Dan tidak juga selalu mengikuti perkembangan tentang beliau dan PAS secara direct. Yang aku tahu, terdapat juga mereka-mereka yang mencemuh Tuan Guru Haji Hadi dalam pelbagai cara dan tentang pelbagai isu. Dalam entri ni aku nak berkongsi tentang bagaimana Diskusi: Politik.Islam & PAS dapat diadakan diWarwick semalam.

Aku balik daripada FuIYO 2010, di Waddow Hall, Clithroe dan singgah diManchester beberapa hari yang lepas pada 26th December. Dan berkesempatan untuk menyertai ucapan perasmian PRC oleh Tuan Guru Haji Hadi di Manchester Conference Centre. Selesai ucapan itu, aku terfikir, bagus juga kalau dapat bawa Tuan Guru ke Warwick kerana daripada talknya di Manchester itu, aku rasa banyak ilmu yang beliau sampaikan. Lalu aku bertanyakan wakil beliau untuk menjemput Tuan Guru ke Warwick. Malam tu aku terima satu mesej, dikatakan Tuan Guru sudi untuk ke Warwick. Tapi boleh antara Selasa dan Rabu saja kerana Khamis(hari ni) sudah mau balik ke Malaysia untuk membantu kempen PAS di Tenang.
Jadi pendek kata aku setuju untuk buat talk hari Rabu, 29 Disember. Disebabkan masa yang singkat dan jemputan yang ad-hoc aku gagal untuk dapatkan bilik kuliah yang proper untuk talk. Kawan aku pesan, nak buat event untuk Tuan Guru biarlah proper sikit. Beliaukan Presiden PAS, antara calon Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU akan datang. Aku usaha nak dapatkan bilik, tapi tak boleh booking sebab office university tutup kerana cuti New Year. Bilik2 pun penuh kerana ada Jew Conference di sekitar Warwick University. Maka hanya dapat buat diPrayer Hall.
Berkaitan dengan promosi, sekadar promosi menggunakan FB saja. Buat flyers dan tag beramai-ramai. Seterusnya bergantung kepada buah mulut rakan-rakan. Aku jangkakan dalam 30 orang yang akan hadir untuk talk ini. Lalu satu kali tu aku telefon wakil Tuan Guru dan berterus-terang, “Oleh kerana agak ad-hoc, saya hanya dapat Prayer Hall sebagai tempat. Tak ada mic, lcd projektor dsbnya. Jemputan pula saya anggarkan dalam 30 orang.” Lalu aku diberitahu, tak mengapa. Tuan Guru tak kisah. Kalau beberapa orang pun beliau tak kisah. Lalu aku terfikir, betapa mudahnya nak jemput seorang ulama untuk diskusi bersama pelajar. Bukan calang-calang orang pula tu, antara ulama besar dunia.
Seterusnya aku bayangkan, kalaulah yang nak datang ni Menteri di kabinet Malaysia dan aku hanya dapat buat event di Prayer Hall. Anggaran dalam 30 orang. Tak boleh aku bayang apa kata menteri tu nanti. Sebab selalunya kalau event untuk menteri, mestilah ‘grand’, mesti ramai. Jika tak ramai pun, buat di hotel atau bilik kuliah yang proper dan sebagainya.
Kami di warwick pun pernah diberitahu oleh seorang pemimpin organisasi Malaysia di UK yang beliau nak buat event diwarwick. Lalu kami buatkan proposal, siapkan aturan event segalanya. Tinggal nak dapatkan ‘yes’ daripada pemimpin tu. Selepas hantar proposal tu kepada beliau, beliau kata “I’ll contact you guys later about this.” Lalu tunggu punya tunggu, sampai 10 minggu tak ada berita langsung. Pelik. Yang nak buat event, beliau sendiri. Siap proposal semuanya, hilang tanpa berita. Jadi disini aku boleh lihat dan buat kesimpulan sendiri, betapa berbezanya individu-individu berdasarkan dengan pegangan mereka. Ramai antara pemimpin yang apabila jadi pemimpin mereka merasakan mereka besar dan hebat walhal jika menurut Islam, memimpin itu adalah satu tanggungjawab dan bukannya kemegahan.
Aku cuma nak berkongsi pengalaman buat event untuk Presiden PAS yang sangat merendah diri dan bersifat redha. Sebenarnya aku amat risau tentang diskusi yang baru lepas ni. Aku risau takut ada yang tak bersetuju dengan venue di Prayer Hall. Aku risau takut tak ramai yang datang. Aku risau takut tak habis on time. Tapi Alhamdulillah, hampir 60 orang hadir, dan 40 orang tonton secara live diUstream. Event habis tepat-tepat jam 9.30pm dan tiada masalah dengan venue. Alhamdulillah kerana semuanya mendapat kemudahan daripada Allah S.W.T.
InsyaAllah masa akan datang, lebih banyak event akan dibuat di Warwick. Dah ada yang kami bincangkan nak buat, mudah-mudahan mendapat kemudahan dan dapat dilaksanakan untuk manfaat semua.
Selamat.
Advertisements
This entry was posted in Politics and tagged , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Mudahnya menjemput seorang pemimpin Ulama’

  1. Anonymous says:

    salam terima kasih faiez jemput tuan guru kat warwick.alhamdulillah berkesempatan berjumpa dengan ulama'.

  2. Anon: Salam. sama-sama. 😉

  3. the dr says:

    itule beza orang yang berjuang dijalan ALLAH dan orang yang dijalan lain.

  4. the dr: iye betul. Boleh nampak perbezaan. 😉

  5. Anonymous says:

    salam akhi, klu ada video2 Tuan Guru semasa di Warwick, ana mohon utk disebarkan di FB..ana hnya dapat tgok satu video dari Khairul.Sepanjang yg ana tahu mengenai pimpinan atasan PAS, semuanya mmg bersungguh sungguh mahu mendaulatkan Islam. Namun jgnlah anggap PAS sbgai sebuah gerakan Islam yg sempurna, x ada cacat cela sebab ia masih dikemudi oleh manusia.Ada je kepimpinan dan grass root yg masih byak perlu belajar ttg dakwah islam melalui wadah politik..Tp jika majlis syura dalam PAS, iAllah semuanya boleh diletakkan thiqah pada mereka..Hebat, tawadhu' dan beriman.Anyway, thanks for the post akhi. Moga mata kita dicelikkan dan pintu hati dibuka oleh Allah. Jika bukan sebagai pendokong kepada perjuangan Islam, cukuplah sebagai penyokong.Jazakallahu khair

  6. Anon: Salam. Khairul ada upload 2 video di FB. 1 berkaitan Syiah dan 1 berkaitan peranan pelajar. Dzul ada buat rakaman penuh tapi belum upload lagi. Tapi jika mau lagi boleh lihat ceramah Tuan Guru sewaktu di Manchester. Isi yang disampaikan lebih kurang. Link boleh didapati di sini: http://www.youtube.com/user/mrmiji82#p/uTerdapat dua sesi, ucapan dan soal jawab.Semoga bermanfaat. 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s