Islam,Politik&PAS by Tuan Guru Haji Hadi Awang

Baru selesai sesi diskusi bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang, selaku ulama dan Presiden PAS di Prayer Hall, Warwick Uni. Ucapan terima kasih untuk semua yang membantu documentation of event, organisation of event dan bantu hidang dan kemaskan jamuan. Begitu juga kepada semua yang berjaya menghadirkan diri dan yang mendengar dirumah atau bilik masing-masing melalui UStream. Dianggar seramai hampir 100 orang telah turut serta dengan 60 orang hadir dan 40 melalui Ustream. Alhamdulillah.

Antara perkara yang dikongsi oleh Tuan Guru adalah, bagaimana ideologi2 dan sistem pemerintahan sekular sekarang yang semakin runtuh dan jatuh. Bagaimana jatuhnya komunisme bawaan Karl Marx, Engel, dan tokoh2 sosialis lain. Bagaimana kita lihat sistem ekonomi dunia yang berlandaskan kapitalisme semakin punah dan meleset. Tuan guru juga mengambil contoh masalah2 sosial yang berlaku didalam masyarakat sekarang. Menceritakan tentang keruntuhan akhlak masyarakat, terutamanya diMalaysia. Dan apakah penyelesaian untuk masalah dunia? Islam.
Tuan Guru menerangkan bagaimana Islam dapat membantu mengatasi masalah ekonomi, iaitu melalui penghapusan riba’ dan pelaksanaan ekonomi Islam. Seterusnya penerangan tentang sistem hukum hudud dalam Islam, bagaimana salah tanggapan orang awam berkaitan hukum hudud kerana tiada ilmu dan pendedahan. Bahawa hukum hudud contoh potong tangan bukan sekadar memotong tangan, tetapi perlu ambil kira birokrasi atau syarat sebelum terjatuhnya hukum hudud itu sendiri. Proses ini tidak diterangkan. Lalu rata-rata masyarakat meng’cop’ hukum hudud sebagai barbaric kerana kekurangan ilmu mengenai hukum hudud itu sendiri.
Seterusnya Tuan Guru berkongsi bahawa dalam sistem demokrasi, media adalah saksi dan rakyat adalah hakim. Tetapi akibat daripada berat sebelah dan laporan media yang tidak adil, maka rakyat gagal untuk menghakimi dengan adil. Jika kita lihat diMalaysia, laporan media utama Malaysia yang berat sebelah menyebabkan kecelaruan dalam pemahaman masyarakat. Isu2 dimainkan, dan menyebabkan salah faham.
Seterusnya Tuan Guru turut menerangkan serba sedikit hubungan dengan DAP dan PKR. dimana kollaborasi adalah bersifat longgar. PAS bekerjasama setakat mana yang mereka bersetuju. Isu-isu yang tidak mendapat persetujuan ramai, tidak dibangkitkan. Tetapi PAS tetap berpegang teguh kepada perjuangan Islam. Isu negara Islam, jika dulu Karpal Singh cakap ‘langkah mayat saya dulu sebelum mau laksanakan negara Islam’, sekarang Karpal Singh berkata pula “Isu negara Islam boleh dibincangkan lagi.
Antara persoalan yang ditimbulkan:
1) Bagaimana jika didalam PAS sendiri ada korupsi?
Jawapan: PAS terbuka. Suruhanjaya Pencegah Rasuah bebas menyiasat kerana PAS sendiri tidak mau jika ada orang2 rasuah didalam PAS. Jika ada, biarlah ditangkap dan dibuang daripada parti.
2) Bagaimana peranan NGO2 Islam yang lain seperti ABIM dll diMalaysia pada pandangan PAS?
Jawapan: Untuk mentadbir, tidak boleh melalui satu pihak saja. PAS faham dan sedar, untuk mentadbir dengan berjaya, kita perlukan teknokrat2 dan golongan2 professional lain. Jadi PAS mau semua bersama-sama menggunakan kepakaran yang ada untuk menjayakan pentadbiran selagi tidak bertentangan dengan perjuangan Islam.
3) IR Nizar pernah berkata, dalam perlembagaan PAS tidak dinyatakan keinginan untuk melaksanakan negara Islam. Sila ulas.
Jawapan: Memang dalam perlembagaan PAS tidak disebut negara Islam. Istilah tidak penting. Kerana perjuangan PAS berdasarkan perlembagaan adalah untuk perjuangan yang bertepatan dengan Al-Quran, Sunnah, Khilaf Ulama. Bermakna selagi tidak lari daripada asas perjuangan ini, PAS akan menyokong dan terus berjuang.
4) Bagaimana peranan kami sebagai pelajar untuk turut membantu perjuangan PAS dalam menegakkan syariah Islam dalam pada masa yang sama mahu akur dengan kehendak kerajaan dan tanggungjawab sebagai pelajar?
Jawapan: Sebagai pelajar, jadilah yang paling cemerlang dalam bidang masing-masing. Untuk memperjuangkan Islam bukan sebagai ahli politik sahaja. Tetapi boleh juga sebagai teknokrat, atau professional. Jadi yang cemerlang dalam bidang masing2 dan balik nanti berbaktilah dalam kemampuan anda untuk Islam.
Ada banyak lagi percakapan, isi-isi dan persoalan yang dihujahkan, ditanya dan dijawab, tapi berdasarkan catatan dan ingatan, yang ditulis ini antara yang penting. Tuan Guru juga ada bercerita tentang sejarah perjuangan PAS, ketika bersatu dengan UMNO. Apa yang PAS lakukan sewaktu bersatu. Tuan Guru juga ada berkongsi kisah Rasulullah bertemu dengan bani Amir, bani Syaiban dan Bani Aus & Khazraj ketika musim haji jahilliyah untuk menyebarkan Islam dan bagaimana reaksi mereka. InsyaAllah akan ditulis dalam entri yang lain.
Notis penting:
a) Tulisan entri ini adalah gabungan daripada dua talk oleh Tuan Guru yang sempat dihadiri, yang pertama diManchester beberapa hari yang lepas dan kedua diWarwick Uni sebentar tadi.
b)Ada rakaman video dan gambar-gambar yang diambil, akan diupload dan diupdate apabila siap editing nanti.
c) Tulisan ini bukanlah sebiji-sebiji kata-kata yang keluar dari mulut Tuan Guru tapi telah diolah mengikut pemahaman saya.
d) Sebarang kesalahan atau kekurangan minta jasa baik beritahu supaya boleh diubah dengan segera.
Terima kasih dan selamat! 😉
Advertisements
This entry was posted in Politics, Review: Event and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Islam,Politik&PAS by Tuan Guru Haji Hadi Awang

  1. yusuf: Aku setuju cuma bagi aku, tak semua politician itu kotor. Ada yang benar-benar ikhlas memperjuangkan perjuangan mereka.

  2. Anonymous says:

    org yg mengatakan politik itu kotor selama lamanya akan hanya menjadi org seperti lalang. Saya pon boleh kata masalah sosial di malaysia itu menjijikkan..tapi x kan hanya nak bercakap begitu..klu rasa ia kotor, jadilah agen yg membersihkan..wallahua'lam..p/s : saya malu sebagai seorang pelajar luar negara jika hanya tahu cakap iti salah ini salah tnpa berbuat apa2.

  3. Anon: InsyaAllah kita usaha dalam kapasiti masing-masing untuk cuba memperbaiki situasi agar mendapat keredhaan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s