HarimauMalaya, Ahli Politik dan Kebencian

Skuad HarimauMalaya baru memenangi Piala AFF selepas menang aggregat menghadapi Indonesia.

Twitter aku ada mengikuti tokoh-tokoh politik Malaysia dari kerajaan dan juga pembangkang. Mukhriz, KJ, Nik Nazmi, Chegubard dan lain-lain lagi. Sepanjang aku mengikuti twitter-twitter ini, selalunya setiap hari dapat membaca twitter-twitter cemuhan dari satu pihak ke pihak yang lain. Namun sepanjang perlawanan antara HarimauMalaya dengan Skuad Garuda, aku dapat lihat tak ada cemuhan-cemuhan dilontarkan oleh mana-mana pihak. Semua yang keluar adalah kata-kata sokongan buat HarimauMalaya.
Maka aku akan ingat, waktu dimana ahli-ahli politik kita berhenti seketika daripada mencemuh antara satu sama lain adalah bila HarimauMalaya memenangi Piala AFF. Cuma persoalannya, sampai bila?
Tak sampai beberapa minit selepas tu, aku nampak seorang tokoh politik pembangkang dah memulakan ‘hate twit’ semula. Dan kembali ke keadaan sediakala.
Sambil-sambil itu mau promosi event untuk malam ini di Warwick University. Seperti didalam flyers dibawah. 😉

Selamat.
Advertisements
This entry was posted in Politics and tagged , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to HarimauMalaya, Ahli Politik dan Kebencian

  1. Untuk talk malam ini oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang, waktu bermula United Kingdom adalah 7.30pm. Dan Malaysia 3.30am. Boleh tonton secara online di http://www.ustream.tv/channel/channel-seronok-gilerJemput turut serta dan sebarkan kepada semua! 😉

  2. dish says:

    Thank you sir.Looking forward to watch the talk online later this morning. =)

  3. dish: insyaAllah, berdoa supaya tiada masalah atau gangguan sepanjang talk nanti. 😉

  4. Nik Nazmi says:

    Wah, Tuan Guru Haji Hadi pula sampai ke Warwick. Tahniah!

  5. YB Nik: Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dengan beliau. 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s