Ringkasan kitab Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Selepas bulan Ramadhan, kita mempunyai bulan Syaaban yang juga mulia. Mulianya bulan Syaaban ini seperti dipetik didalam banyak hadith-hadith didalam buku karangan Al Muhaddith Al Hafiz Syeikh Salim Al Sanhuri Al Maliki, Kelebihan Malam Nisfu Syaaban. Semua yang diperkatakan dalam entri ni dipetik dari buku tersebut diatas. Hadith-hadith dan hujah yang diyakini dari alim ulama. Semoga bersama mendapat manfaat.

Salah satu kepentingan malam nisfu Syaaban ialah ianya berlaku satu peristiwa yang penting bagi umat manusia. Malam nisfu Syaaban adalah malam dimana berlakunya pertukaran surat-surat yang mana nama-nama manusia yang akan mati antara Syaaban ini ke Syaaban yang akan datang tercatit. Nama-nama orang yang akan mati juga dipindahkan dari dewan orang mati ke dewan orang hidup.

Seperti kata Rasulullah saw, baginda tidak mahu namanya dipindahkan ke dewan orang mati dalam keadaan baginda tidak beribadah. Hadith dari Sayyidatina Aisyah juga mengatakan yang beliau tak pernah melihat Rasulullah berpuasa lebih banyak dalam bulan-bulan lain selepas Ramadhan sebanyak dalam bulan Syaaban.

Banyak lagi kelebihan malam nisfu Syaaban iaitu nisfu Syaaban juga merupakan salah satu hari perayaan untuk Malaikat selain daripada Lailatulqadar sepertimana manusia juga mempunyai dua hari raya iaitu eidulfitri dan eiduladha. Malam ini juga merupakan antara malam dimana doa akan dikabulkan terus melain doa oleh dua golongan iaitu yang musyrik (menyekutukan Allah) dan musyahin (yang bermusuhan)

13,14 dan 15 Syaaban juga terdapat satu event yang penting untuk kita umat Muhammad dimana pada 13 syaaban Rasulullah bermunajat agar diberi peluang untuk memberi syafaat dan pengampunan kepada umat baginda lalu Allah memperkenankan permintaan baginda dan membenarkan baginda memberi syafaat kepada 1/3 umat baginda. Pada malam 14 baginda bermunajat lagi lalu diperkenankan lagi 1/3 umat manusia. Dan pada malam 15lah Allah memperkenankan Rasulullah untuk memberikan syafaat kepada seluruh umat baginda melainkan mereka yang melarikan diri daripada Allah laksana seekor unta melarikan diri dari tuannya.

Galakan menghidupkan malam nisfu Syaaban adalah sunah yang amat digalakkan. Antara cara yang disyorkan oleh Rasulullah sendiri adalah dengan bersolat sunat tasbih serta puasa sunat.

Dimalam-malam Syaaban juga Allah akan mengampunkan dan memberi nur keimanan kepada hambanya yang mencari nur tetapi bagi mereka yang tetap dalam kesesatan, Allah akan membiarkannya dalam kesesatan. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri.

*Semoga kita bersama diberi hidayah agar hati kita semakin lembut dengan zikrullah dan anggota kita mencintai ibadah. Amin.

Advertisements
This entry was posted in Islamic, Review: Book and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Ringkasan kitab Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

  1. sha sha =) says:

    =) thanks for the entry…

  2. reverie says:

    dell: amin.sha: glad i could share. πŸ™‚

  3. hafizizain says:

    salam.. Request to share in my blog.. very good post!

  4. faiezali says:

    hafizizain: Salam. Maaf dah lama baru reply, sila share mana-mana yang dirasakan perlu. πŸ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s