Is Islam proud of us?

This entry is based on understanding of today’s jumaat khutba at Coventry University Prayer Hall.

We can say, all of us Muslimin and Muslimat that we are proud of Islam. We can claim today we are Muslims, the ummah of Muhammad saw. Yet the real question is are Islam proud of us?
Many of us have lots of theoritical knowledge about Islam. We know many things because we read and attend lectures. Yet most of us fail to realize that practicality is better than any theory. What good is an engineer who memorise all engineering books but have never operate any engine before? The same applies to Muslims. What good are we if we can memorise lots of Surah and Hadith yet fail to realize and perform what were said in the Surah and Hadith.
All Muslims, we should have 3 things. First is belief. Believe in Islam. In the words of Allah and his messengers. After belief, comes the importance of actions. Take actions based on what we were told. However all actions will only be counted if we can have the third element in them which is sincerity. Have these 3 elements, belief, action and sincerity, insyaAllah we will become good Muslims.
And don’t we expect to pass this life test easily. All Muslims who said ‘We believe.’, your belief shall be tested and assessed with test and trials by Allah. “And those who turned to my sunnah at times where his imaan is at the lowest, are the guided ones.” Said Rasulullah saw.
We muslims should be proud of our teachings. We should be dogmatic. Say what is right and prohibit what is wrong. Stand up for who you are or you’ll stand up for anything and everything else.
*A remembrance to oneself and to others.
Selamat.
Posted in Islamic, Muhasabah | Tagged , , | Leave a comment

Mudahnya menjemput seorang pemimpin Ulama’

Sebelum ini, aku sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Tidak juga pernah berimpian untuk bertemu dengan beliau. Dan tidak juga selalu mengikuti perkembangan tentang beliau dan PAS secara direct. Yang aku tahu, terdapat juga mereka-mereka yang mencemuh Tuan Guru Haji Hadi dalam pelbagai cara dan tentang pelbagai isu. Dalam entri ni aku nak berkongsi tentang bagaimana Diskusi: Politik.Islam & PAS dapat diadakan diWarwick semalam.

Aku balik daripada FuIYO 2010, di Waddow Hall, Clithroe dan singgah diManchester beberapa hari yang lepas pada 26th December. Dan berkesempatan untuk menyertai ucapan perasmian PRC oleh Tuan Guru Haji Hadi di Manchester Conference Centre. Selesai ucapan itu, aku terfikir, bagus juga kalau dapat bawa Tuan Guru ke Warwick kerana daripada talknya di Manchester itu, aku rasa banyak ilmu yang beliau sampaikan. Lalu aku bertanyakan wakil beliau untuk menjemput Tuan Guru ke Warwick. Malam tu aku terima satu mesej, dikatakan Tuan Guru sudi untuk ke Warwick. Tapi boleh antara Selasa dan Rabu saja kerana Khamis(hari ni) sudah mau balik ke Malaysia untuk membantu kempen PAS di Tenang.
Jadi pendek kata aku setuju untuk buat talk hari Rabu, 29 Disember. Disebabkan masa yang singkat dan jemputan yang ad-hoc aku gagal untuk dapatkan bilik kuliah yang proper untuk talk. Kawan aku pesan, nak buat event untuk Tuan Guru biarlah proper sikit. Beliaukan Presiden PAS, antara calon Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU akan datang. Aku usaha nak dapatkan bilik, tapi tak boleh booking sebab office university tutup kerana cuti New Year. Bilik2 pun penuh kerana ada Jew Conference di sekitar Warwick University. Maka hanya dapat buat diPrayer Hall.
Berkaitan dengan promosi, sekadar promosi menggunakan FB saja. Buat flyers dan tag beramai-ramai. Seterusnya bergantung kepada buah mulut rakan-rakan. Aku jangkakan dalam 30 orang yang akan hadir untuk talk ini. Lalu satu kali tu aku telefon wakil Tuan Guru dan berterus-terang, “Oleh kerana agak ad-hoc, saya hanya dapat Prayer Hall sebagai tempat. Tak ada mic, lcd projektor dsbnya. Jemputan pula saya anggarkan dalam 30 orang.” Lalu aku diberitahu, tak mengapa. Tuan Guru tak kisah. Kalau beberapa orang pun beliau tak kisah. Lalu aku terfikir, betapa mudahnya nak jemput seorang ulama untuk diskusi bersama pelajar. Bukan calang-calang orang pula tu, antara ulama besar dunia.
Seterusnya aku bayangkan, kalaulah yang nak datang ni Menteri di kabinet Malaysia dan aku hanya dapat buat event di Prayer Hall. Anggaran dalam 30 orang. Tak boleh aku bayang apa kata menteri tu nanti. Sebab selalunya kalau event untuk menteri, mestilah ‘grand’, mesti ramai. Jika tak ramai pun, buat di hotel atau bilik kuliah yang proper dan sebagainya.
Kami di warwick pun pernah diberitahu oleh seorang pemimpin organisasi Malaysia di UK yang beliau nak buat event diwarwick. Lalu kami buatkan proposal, siapkan aturan event segalanya. Tinggal nak dapatkan ‘yes’ daripada pemimpin tu. Selepas hantar proposal tu kepada beliau, beliau kata “I’ll contact you guys later about this.” Lalu tunggu punya tunggu, sampai 10 minggu tak ada berita langsung. Pelik. Yang nak buat event, beliau sendiri. Siap proposal semuanya, hilang tanpa berita. Jadi disini aku boleh lihat dan buat kesimpulan sendiri, betapa berbezanya individu-individu berdasarkan dengan pegangan mereka. Ramai antara pemimpin yang apabila jadi pemimpin mereka merasakan mereka besar dan hebat walhal jika menurut Islam, memimpin itu adalah satu tanggungjawab dan bukannya kemegahan.
Aku cuma nak berkongsi pengalaman buat event untuk Presiden PAS yang sangat merendah diri dan bersifat redha. Sebenarnya aku amat risau tentang diskusi yang baru lepas ni. Aku risau takut ada yang tak bersetuju dengan venue di Prayer Hall. Aku risau takut tak ramai yang datang. Aku risau takut tak habis on time. Tapi Alhamdulillah, hampir 60 orang hadir, dan 40 orang tonton secara live diUstream. Event habis tepat-tepat jam 9.30pm dan tiada masalah dengan venue. Alhamdulillah kerana semuanya mendapat kemudahan daripada Allah S.W.T.
InsyaAllah masa akan datang, lebih banyak event akan dibuat di Warwick. Dah ada yang kami bincangkan nak buat, mudah-mudahan mendapat kemudahan dan dapat dilaksanakan untuk manfaat semua.
Selamat.
Posted in Politics | Tagged , , | 6 Comments

Islam,Politik&PAS by Tuan Guru Haji Hadi Awang

Baru selesai sesi diskusi bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang, selaku ulama dan Presiden PAS di Prayer Hall, Warwick Uni. Ucapan terima kasih untuk semua yang membantu documentation of event, organisation of event dan bantu hidang dan kemaskan jamuan. Begitu juga kepada semua yang berjaya menghadirkan diri dan yang mendengar dirumah atau bilik masing-masing melalui UStream. Dianggar seramai hampir 100 orang telah turut serta dengan 60 orang hadir dan 40 melalui Ustream. Alhamdulillah.

Antara perkara yang dikongsi oleh Tuan Guru adalah, bagaimana ideologi2 dan sistem pemerintahan sekular sekarang yang semakin runtuh dan jatuh. Bagaimana jatuhnya komunisme bawaan Karl Marx, Engel, dan tokoh2 sosialis lain. Bagaimana kita lihat sistem ekonomi dunia yang berlandaskan kapitalisme semakin punah dan meleset. Tuan guru juga mengambil contoh masalah2 sosial yang berlaku didalam masyarakat sekarang. Menceritakan tentang keruntuhan akhlak masyarakat, terutamanya diMalaysia. Dan apakah penyelesaian untuk masalah dunia? Islam.
Tuan Guru menerangkan bagaimana Islam dapat membantu mengatasi masalah ekonomi, iaitu melalui penghapusan riba’ dan pelaksanaan ekonomi Islam. Seterusnya penerangan tentang sistem hukum hudud dalam Islam, bagaimana salah tanggapan orang awam berkaitan hukum hudud kerana tiada ilmu dan pendedahan. Bahawa hukum hudud contoh potong tangan bukan sekadar memotong tangan, tetapi perlu ambil kira birokrasi atau syarat sebelum terjatuhnya hukum hudud itu sendiri. Proses ini tidak diterangkan. Lalu rata-rata masyarakat meng’cop’ hukum hudud sebagai barbaric kerana kekurangan ilmu mengenai hukum hudud itu sendiri.
Seterusnya Tuan Guru berkongsi bahawa dalam sistem demokrasi, media adalah saksi dan rakyat adalah hakim. Tetapi akibat daripada berat sebelah dan laporan media yang tidak adil, maka rakyat gagal untuk menghakimi dengan adil. Jika kita lihat diMalaysia, laporan media utama Malaysia yang berat sebelah menyebabkan kecelaruan dalam pemahaman masyarakat. Isu2 dimainkan, dan menyebabkan salah faham.
Seterusnya Tuan Guru turut menerangkan serba sedikit hubungan dengan DAP dan PKR. dimana kollaborasi adalah bersifat longgar. PAS bekerjasama setakat mana yang mereka bersetuju. Isu-isu yang tidak mendapat persetujuan ramai, tidak dibangkitkan. Tetapi PAS tetap berpegang teguh kepada perjuangan Islam. Isu negara Islam, jika dulu Karpal Singh cakap ‘langkah mayat saya dulu sebelum mau laksanakan negara Islam’, sekarang Karpal Singh berkata pula “Isu negara Islam boleh dibincangkan lagi.
Antara persoalan yang ditimbulkan:
1) Bagaimana jika didalam PAS sendiri ada korupsi?
Jawapan: PAS terbuka. Suruhanjaya Pencegah Rasuah bebas menyiasat kerana PAS sendiri tidak mau jika ada orang2 rasuah didalam PAS. Jika ada, biarlah ditangkap dan dibuang daripada parti.
2) Bagaimana peranan NGO2 Islam yang lain seperti ABIM dll diMalaysia pada pandangan PAS?
Jawapan: Untuk mentadbir, tidak boleh melalui satu pihak saja. PAS faham dan sedar, untuk mentadbir dengan berjaya, kita perlukan teknokrat2 dan golongan2 professional lain. Jadi PAS mau semua bersama-sama menggunakan kepakaran yang ada untuk menjayakan pentadbiran selagi tidak bertentangan dengan perjuangan Islam.
3) IR Nizar pernah berkata, dalam perlembagaan PAS tidak dinyatakan keinginan untuk melaksanakan negara Islam. Sila ulas.
Jawapan: Memang dalam perlembagaan PAS tidak disebut negara Islam. Istilah tidak penting. Kerana perjuangan PAS berdasarkan perlembagaan adalah untuk perjuangan yang bertepatan dengan Al-Quran, Sunnah, Khilaf Ulama. Bermakna selagi tidak lari daripada asas perjuangan ini, PAS akan menyokong dan terus berjuang.
4) Bagaimana peranan kami sebagai pelajar untuk turut membantu perjuangan PAS dalam menegakkan syariah Islam dalam pada masa yang sama mahu akur dengan kehendak kerajaan dan tanggungjawab sebagai pelajar?
Jawapan: Sebagai pelajar, jadilah yang paling cemerlang dalam bidang masing-masing. Untuk memperjuangkan Islam bukan sebagai ahli politik sahaja. Tetapi boleh juga sebagai teknokrat, atau professional. Jadi yang cemerlang dalam bidang masing2 dan balik nanti berbaktilah dalam kemampuan anda untuk Islam.
Ada banyak lagi percakapan, isi-isi dan persoalan yang dihujahkan, ditanya dan dijawab, tapi berdasarkan catatan dan ingatan, yang ditulis ini antara yang penting. Tuan Guru juga ada bercerita tentang sejarah perjuangan PAS, ketika bersatu dengan UMNO. Apa yang PAS lakukan sewaktu bersatu. Tuan Guru juga ada berkongsi kisah Rasulullah bertemu dengan bani Amir, bani Syaiban dan Bani Aus & Khazraj ketika musim haji jahilliyah untuk menyebarkan Islam dan bagaimana reaksi mereka. InsyaAllah akan ditulis dalam entri yang lain.
Notis penting:
a) Tulisan entri ini adalah gabungan daripada dua talk oleh Tuan Guru yang sempat dihadiri, yang pertama diManchester beberapa hari yang lepas dan kedua diWarwick Uni sebentar tadi.
b)Ada rakaman video dan gambar-gambar yang diambil, akan diupload dan diupdate apabila siap editing nanti.
c) Tulisan ini bukanlah sebiji-sebiji kata-kata yang keluar dari mulut Tuan Guru tapi telah diolah mengikut pemahaman saya.
d) Sebarang kesalahan atau kekurangan minta jasa baik beritahu supaya boleh diubah dengan segera.
Terima kasih dan selamat! 😉
Posted in Politics, Review: Event | Tagged , , , | 4 Comments

HarimauMalaya, Ahli Politik dan Kebencian

Skuad HarimauMalaya baru memenangi Piala AFF selepas menang aggregat menghadapi Indonesia.

Twitter aku ada mengikuti tokoh-tokoh politik Malaysia dari kerajaan dan juga pembangkang. Mukhriz, KJ, Nik Nazmi, Chegubard dan lain-lain lagi. Sepanjang aku mengikuti twitter-twitter ini, selalunya setiap hari dapat membaca twitter-twitter cemuhan dari satu pihak ke pihak yang lain. Namun sepanjang perlawanan antara HarimauMalaya dengan Skuad Garuda, aku dapat lihat tak ada cemuhan-cemuhan dilontarkan oleh mana-mana pihak. Semua yang keluar adalah kata-kata sokongan buat HarimauMalaya.
Maka aku akan ingat, waktu dimana ahli-ahli politik kita berhenti seketika daripada mencemuh antara satu sama lain adalah bila HarimauMalaya memenangi Piala AFF. Cuma persoalannya, sampai bila?
Tak sampai beberapa minit selepas tu, aku nampak seorang tokoh politik pembangkang dah memulakan ‘hate twit’ semula. Dan kembali ke keadaan sediakala.
Sambil-sambil itu mau promosi event untuk malam ini di Warwick University. Seperti didalam flyers dibawah. 😉

Selamat.
Posted in Politics | Tagged , , | 5 Comments

Second Winter in Coventry

It’s my second winter here in the United Kingdom. Still this winter brings mesmerization to me as though it’s my first ever winter. Like it’s the first time when I met Mr snow. Here’s are some pictures of the first drop of snow here in Coventry taken two weeks ago.

Hearsall Common. The common where the first jet were flew.

The first few drops of snow

Frost on plants

Frosting grass

Frost on plants
I have no proper plans to go on vacation this winter. But I do have a winter camp next week for around 4 days. And some paperworks to complete and an assignment due in January 2011.
p/s: photos are taken by my phone camera. DSLR tinggal kat Malaysia, kerana diservis.
Selamat! and Happy winter holiday! 😉
Posted in Personal | Tagged , | 4 Comments

Volunteering chances in Malaysia!

In more or less 8 months we are going to launch our Projek Kalsom 17 in Melaka. For those in Malaysia who wants to contribute, you can donate through our online Rm5 campaign (refer to the flyers above). Or help spread this words to your family, relatives and friends.

We are looking for volunteers too for our ‘Free Tuition Scheme’ programme. It is highly experimental at the moment. We plan to conduct a free tuition for secondary school student at Seri Setia area at the moment. Who ever wants to volunteer and play a role in our Free Tuition Scheme to help give our youths any kind of useful knowledge, please do inform our guy Muhsin Hassan (Malaysian Regional Director) at muhsin.hassan@projek-kalsom.com
Muhsin is also looking for willing volunteers in any Semenanjung state to help us run fundraising events for Projek Kalsom and be a part of our Malaysia Division committee team.
Any kind of help. Any kind of suggestions. and any kind of donation are very much appreciated and will be used to help build a decent now for a better future for our Malaysian youths.
Selamat! 😉
Posted in Announcement | Tagged , | Leave a comment

Wonders of facebook

Facebook telah membawa revolusi kepada dunia. Perubahan-perubahan major dari segi komunikasi, budaya, kesukanan, politik dan sebagainya.

Kita boleh lihat facebook semakin digunapakai oleh pemimpin-pemimpin politik dalam menyebarkan propaganda mereka. Pemimpin yang tidak menggunakan facebook, twitter, blog secara efektif, aku anggap sebagai pemimpin yang bakal ditelan peredaran zaman danakan menjadi kurang relevan kepada kita. Begitu juga bagi pemimpin yang menggunapakai facebook sekadar medium untuk upload gambar-gambar ‘turun padang’ dan seterusnya twitter untuk memberitahu orang ramai berapa banyak gambar ‘turun padang’ yang diupload difacebooknya. Ini namanya, gagal menggunapakai dan utilise kekuatan medium online seperti facebook dan twitter.
Seterusnya kita boleh lihat perubahan budaya. Yang mana rata-rata ucapan perayaan, selamat, tahniah, takziah dsbnya dizahirkan difacebook. Cukup. Terutama ucapan selamat harijadi. Cukup dengan notifikasi facebook berkaitan harijadi kita, orang ramai akan mula mengucapkan harijadi difacebook, kadang-kadang kita tak kenal pun siapa. Aku pernah membuat eksperimen kecil-kecilan dengan menukar tarikh harijadi aku ke tarikh lain. Dan didapati banyak ucapan harijadi di wall aku di hari seterusnya. Yang lebih menarik, ada antara mereka yang rapat dengan aku pun turut mengucapkan selamat hari jadi. This is the power of facebook and what we see as going to the path of total reliance on technology.
Seterusnya kita boleh lihat komunikasi dipermudahkan dan dipercepatkan. Betapa kurangnya thrill belajar diluar negara apabila berkomunikasi bersama keluarga tersayang hanya dihujung jari. Bila bertemu dengan generasi lama yang belajar diluar negara tahun 70 dan 80an, mereka berkata, suasana lain dulu dan sekarang. Betullah tu, dulu tak ada facebook. Dengan facebook, segalanya menjadi lebih mudah dan percuma! Sehinggakan terlalu mudah sampai kadang-kadang kita alami situasi dimana apa sahaja yang kita buat, diketahui oleh keluarga dirumah. Malah informasi yang kita tak mahu tersebar. Maka oleh kerana itu ia boleh mengakibatkan dua perkara. Pertama, hubungan bersama keluarga menjadi lebih rapat dan ‘there’s no secret between us’. Ataupun, keluarga tidak dianggap keluarga difacebook dan tidak diapprove. Terutamanya makcik-makcik yang dianggap lebih suka menjaga tepi kain kita daripada tepi kain sendiri.
Seterusnya facebook juga menjadi medium kita mencanangkan propaganda dan aktiviti kita sesama kawan. Ironinya facebook diasaskan oleh yahudi dan diwar-warkan menjadi medium pengumpulan data manusia oleh CIA, namun pantas saja aku tengok rakan-rakan muslim membuat ‘event’ usrah atau talk online berkaitan Islam dan pantas lagi promosi menerusi ‘spam inbox atau wall’ rakan-rakan lain dan lebih pantas lagi setelah event itu berakhir, mereka meng’post’ borang feedback untuk mendapat penilaian umum berkaitan event tadi agar untuk event masa depan dapat dibaik pulih sebarang kesilapan. Walaupun usaha millat facebook yang berwarna hijau itu gagal mendapat perhatian umum terutamanya umat Islam, bukan kerana kita mau sokong yahudi. Tetapi aku rasa adalah kerana faktor-faktor usia, sejarah dan kelebihan application yang ada pada facebook.
Seterusnya kita boleh lihat betapa beruntungnya orang sekarang. Kerana bagi manusia, tujuan utama berkomunikasi adalah untuk didengari. To get the message across. Namun dulu, tak aa medium yang memudahkan komunikasi serupa ini. Sekarang? Ada facebook. Apa saja yang mau diluahkan, dilepaskan, biarlah apa-apa berkaitan dengan emosi, amarah, sedih, gembira atau sebagainya boleh dilepaskan difacebook. Yang lebih menarik, apa yang kita luahkan pasti akan secara langsung (apabila rakan-rakan meng’like’ atau komen pada status) didengari atau secara tidak langsung (apabila tiada orang like atau komen) turut didengari kerana sistem notifikasi facebook memudahkan proses penyampaian maklumat kepada rakan-rakan kita tanpa mereka mahu atau sedari. Dengan ini wujudlah golongan ‘attention seeker’ yang selalunya membicarakan hal-hal hati dan perasaan mereka tanpa orang lain ingin tahu.
Jadi dengan ini aku ingin memproklamasikan facebook sebagai salah satu ‘new wonder of the world’ setelah mengamati kekuatan medium facebook ini.
Selamat.
Posted in Technology | Tagged , | 5 Comments

Recent riot in London due to student fees increase

Protesters at Trafalgar Square tried to lit up a Big Christmas tree

Thugs jumping of burnt benches at Parliament Square

A girl disrespecting Britains’ War Warriors

Bulls’ eye! A policeman hit with paintball

Terrified Charles and Camilla, attacked in their cosy Rolls Royce

Public, majority of students attended the ‘peaceful’ riot which turned bloody

Student urinating at Britains’ father, Churchills’ statue

Security Hut burnt at Parliament Square
I feel demonstration is a way of expressing views, opinions and concerns by the public when other measurements are not taken into consideration by the government. The question is, to what extend should we allow this kind of freedom of speech? as there will be people driven by their own motivation to turn such events into disasters to suit their interests.
This reflects the current political situation in Malaysia too.
Peace and out!
| Tagged , , | Leave a comment

One small deed can lead to a big change.

Aku baru balik dari London. Semalam aku bermalam di Arsenal, sekali lagi di tempat Khairul. Tujuan ke London kerana mau berbincang berkaitan tentang Projek Kalsom. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar dah satu konsensus dapat dicapai tentang arah tuju masa depan Projek Kalsom.

Sungguh perkara-perkara kecil dapat memberikan impak besar kepada sesuatu perkara. Apa yang kita lakukan dalam skala kecil mungkin membawa lebih makna kepada diri kita. Betullah bila sasterawan negara, A. Samad Said cakap, perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh orang besar untuk orang kecil adalah besar maknanya bagi orang kecil. Aku amat bersetuju. Sekiranya seseorang pemimpin membalas mesej twitter atau komen di blog oleh seorang rakyat pun adalah besar maknanya bagi rakyat itu. Terasa dihargai dan diberi perhatian oleh pemimpin.
Aku rasa, untuk masa depan politik yang lebih cerah, barisan pihak kerajaan Barisan Nasional perlu lebih berpegang kepada kata-kata sasterawan negara kita ini. Segala eksklusiviti perlu dibuang. Distinguishment antara pemimpin besar dan rakyat-rakyat semut perlu dilimitasikan sekecil-kecilnya dan dihapuskan seterusnya. Untuk terus berkuasa melakukan perubahan, perkara ini perlu diadaptasi. Pemimpin besar tidak sebesar mana tanpa sokongan rakyat marhaen sekalian. Jika perkara ini boleh diadaptasi oleh pasukan jentera kerajaan Barisan Nasional, nescaya akan lebih menyukarkan usaha pembangkang untuk mengambilalih Putrajaya.
Posted in Life, Politics | Tagged , | 5 Comments

Isu Air Syabas

Setelah puas berdemo bersama anak-anak kecil dan keluarga yang tersayang, aku ingin menyeru tuan-tuan dan puan-puan semua untuk mendengar penjelasan isu air oleh Pengarah Eksekutif Syabas, Abdul Halem Mat Som di sini.

Wallahualam.
Posted in Culture | Tagged , | Leave a comment